aku tak pernah terfikir
kalau jadi begini, senyum masih lagi terukir
pernah aku membayangkan
datang seorang lelaki bawa aku terbang
melayang ke atas sampai aku sentuh awan
diri sendiri tak sedar dan tak tahu
sedang pijak di bumi atau masihkah aku berangan
mata aku lihat dia
hati aku sentuh dia
jiwa aku semuanya dia
mulut ringan mahu bertanya
kalau dengan aku apa kau akan setia
tapi takut selubung dalam kelambu
yang lindung dia dan aku
dari semua yang cuba mengganggu
aku sentuh kau sejuk seperti ais
mata berkaca aku rasa mahu menangis
kalau benar Kau bawa dia pergi Tuhan
bawa lah aku bersama, jangan biar sendirian
aku tak sanggup pikul beban
aku mahu teman baring di liang yang dalam
bukan cacing tanah, ular dan segala yang kejam
aku mahu dia pimpin aku ke syurga
aku sumpah mahu bersama sampai bila-bila

No comments:
Post a Comment