hari ini kau hancurkan hati aku
esok siapa tahu mungkin kau pula yang menangis tersedu-sedu
hari ini kau fitnah tentang sesuatu yang aku tak buat
esok siapa tahu fitnah tentang diri kau lebih teruk dan lebih hebat
hari ini kau bercerita keburukan & kelemahan orang lain
esok siapa tahu cerita tentang kau lebih hina dari anjing
hari ini kau jadi batu api antara aku dan seorang sahabat baik
esok siapa tahu kau pula yang 'terbakar' dan dipandang jijik
hari ini kau berpura-pura kawan paling setia
esok siapa tahu rahsia terbongkar dan takkan berani kau nak tunjuk muka
hari ini kau ketawa kerana kau fikir aku sudah jatuh
esok siapa tahu kawan2 kau sendiri yang akan pulaukan kau dan pergi jauh - jauh
hari ini kau bangga dengan wang ringgit dan pandangan orang pada kau
esok lusa dan mungkin selamanya
kau akan sedar yang itu semua pinjaman dunia, di akhirat nanti yang perlu kau risau
selamat, semoga selamat.

No comments:
Post a Comment