Aidilfitri tahun ni dijangka pada 20hb September 2009. what a good combination of numbers - 20092009.
preparation utk raya tahun ni belum ada apa2 perkembangan lagi. baju raya belum beli, kuih raya ada la tiga balang yg sama jenis, utk umah mak aku 2 balang, umah bakal mak mertua aku bagi sebalang. tu pun belum byr lagi. sori la bro - gaji msk esok kan? tahun ni tugas aku ialah menyediakan langsir baru utk umah mak aku. itu tidak menjadi masalah rasanya; walaupun masa makin suntuk, rasanya sempat lagi aku nak singgah macy ke jusco ke anytime before aku balik johor.
Aidilfitri tahun ni jugak, raya ketiga to be precised aku akan dirisik. disebabkan aku ni bukan jenis perempuan yg tinggi adat istiadatnya, aku tak berapa gemar dgn idea utk bertunang. plan utk wedding kami bulan 6 tahun depan, jadi aku rasa bertunang tu tak perlu kot. byk yg bole aku save dari situ. ye la bertunang nak kene ada hantaran lagi, baju tunang la ape la. so baik aku simpan sume persediaan yg 'pre-grand' mcm tu utk majlis kawin je.
cuti da approved. aku apply jumaat ni sbb nk pegi service keta comel aku tu. jalan jauh kan, exit pagoh pulak tu. serik aku dulu pernah meletup tayar sorang2 betul2 depan kubur cina. cuak siot! haha aku akan beraya di batu pahat seminggu. perkara pertama yg aku look forward is pagi raya la. nak menziarah kubur arwah mak & abah serta atok nenek yg da pergi meninggalkan aku sekeluarga. makcik2 balik raya kedua, so raya pertama aku tenang2 aje di rumah kot. layan tv sambil mkn kerepek la ape lagi kan..
oh by the way, esok aku da masuk 'quarter mid life' - 25tahun. tiada ape yg menarik pun nak dikongsi sbb da 3 tahun birthday aku jatuh masa bulan puasa. mungkin ade hikmah agaknya. harap2 umur 25tahun ni datang dengan kematangan yg sesuai utk umur aku yg baru ni. insyaAllah.
besides that, aku ade perasaan yg lain mcm skit setiap kali event2 mcm ni dtg dlm hidup aku. hari raya - sebab mesti terkenang memori masa arwah mak & abah masih ada.
birthday - sebab dulu arwah mak & abah la org pertama yg akan wish kat aku. furthermore, esoknye tu birthday arwah abah.
hari-hari pemergian arwah mak & abah - setiap kali dtg tarikh2 ni, aku rasa mcm tak percaya betapa cepat masa berlalu. rasa mcm mimpi pun ada. tp hidup kene berpijak pada bumi yg nyata ni kan, takdir Tuhan sape la aku nk melawan.
ok itu saje. Selamat Menyambut Aidilfitri yang mulia semua. aku mintak ampun & maaf pada sesiapa yg terasa dgn perbuatan aku ke, percakapan aku selama ni. ada yg aku sedar & ada jugak yg tak sengaja. manusia tak pernah lari dari buat silap kan. halal makan minum aku selama ni ok. manalah tau raya akan dtg kita tak berjumpa lagi. ape2 yg aku simpan dlm hati ke, yg aku marah & benci selama ni pun aku da maafkan awal2 lagi. jangan risau tentang tu. korang bole la beraya dengan aman tahun ni.
Berhati-hati di jalan raya. seronok, seronok jugak balik kampung. jgn nk berembat pulak kat hiway. kalau terserempak dgn keta comel aku kat hiway tu, hulur-hulurla duit tol hehe
ok beb, Selamat!

No comments:
Post a Comment