Lilypie Pregnancy tickers

Wednesday, November 25, 2009

post hati.

saat-saat sibuk macam ni, tibe-tibe rase rindu pada 'mereka'. tentu seronok kalau 'mereka' ada bersama aku, sama-sama curah idea yg best2 untuk majlis besar aku, sama-sama pergi beli-belah dan buat persiapan, sama-sama selak majalah carik contoh2 yg cantik-cantik, sama-sama pergi survey tempat2 yang berpotensi untuk memeriahkan lagi majlis besar aku nnti.

tapi tak mungkin.

'mereka' itu samada telah pergi kerana panggilan-Nya yang lebih berkuasa atau 'mereka' sendiri bawa kaki mereka pergi jauh dari aku.

aku memang sensitif. memang emo. especially bila tiba hari2 yg pada aku akan jadi sejarah paling manis.

org ramai kata, 'you're strong. if i were you, i dont think i can do it by my own.'

realitinya? TIDAK. aku bukan sekuat yang org sangkakan. selama ini, aku cuma pendam. dan kerana aku memendam, org fikir aku kuat.

*mengeluh*

aku kasar, jadi lebih kasar semenjak 'mereka' pergi. org putih kata, defensive. walau aku tau apa yang aku buat tu salah pada org lain, tp aku tetap akan kata betul selagi aku bole. selagi dapat kalis sebab-musabab yang dorang bagi, aku akan cakap aku betul, apa aku buat tu betul. tapi sebenarnya, jauh dalam hati aku..mmg salah. mmg aku salah. kasar aku telah buat aku jadi malu utk mengaku salah aku sendiri. kecuali org2 itu bagi fakta yang aku tau benar, dan aku lebih kepada terpaksa mengaku apa yg aku buat atau cakap tu salah.

umur 25 tahun beri aku kesedaran utk matang.

tak semua benda yang aku buat betul, dan tak semua org anggap kesalahan kita tu memalukan. tak mahu orang menjauhkan diri daripada aku hanya sebab 'defensiveness' aku. tak mahu orang anggap aku ni menjengkelkan hanya sebab 'kekasaran' aku. jadi aku ambil keputusan dan cakap pada diri sendiri 'berubahlah azma'. tak salah jadi org yg lebih baik walau kau rasa itu bukan diri kau sebenar.

terima kasih untuk lelaki yang benar2 buat aku rasa dihargai, lelaki yang pandai handle perangai aku yang dominant, lelaki yang sanjung diri aku yang tak seberapa ini, lelaki yang curahkan kasih-sayangnya tanpa berbelah bagi sampai setiap hari aku rasa atas kepala ada pelangi warna-warni, lelaki yang menyunting aku jadi suri hidupnya, lelaki yang buat aku buka mata bahawa dunia ini bukan satu benda kecil untuk dibesar-besarkan.

semoga rindu aku pada 'mereka' terubat dengan kiriman ayat-ayat suci.

T_T

No comments:

Post a Comment