alhamdulillah. ucapan terima kasih itu kadang-kadang tak sehebat maksudnya sebab sincerity tu tak mungkin bole nampak kecuali kalau kau terer baca air muke org. bagi aku, walaupun tak bole tau sejauh mana keikhlasan ucapan terima kasih, memadai utk telinga aku dengar dan faham yang sekurang-kurangnya reti juga seseorg tu berterima kasih.
dalam entry ni, ucapan terima kasih aku lahirkan khas utk Yang Maha Mengetahui.
lots of thinking have been done. lots of discussion too. nothing is easy but we'd love to give a try.
jujur aku ckp, bkn mudah buat perubahan. lebih2 lagi yg melibatkan org2 yg aku sayang. ade dua kat sini. satu, sudah tentu keluarga. aku buat perubahan ini memang semata-mata utk keluarga kecil aku. kedua, kawan2 yg aku ade di kl.
malas nk pening2 susun ayat. setelah dicampur, ditolak, dan segala jenis calculation yg ade..aku ambil keputusan utk berpindah. berhijrah ke negeri aku sendiri (walau hakikatnye aku ni lahir di kl, tp hati aku tetap anak johor). memandang kesukaran dan keletihan aku menakung tunggu mr. hubs dapat transfer ke tempat aku sekarang, jadi aku ambil keputusan ni atas nama pengorbanan. aku sendiri teringin nk cuba rezeki kat johor tu. sejak aku abis belajar, mmg aku menetap di kl saje. tak pernah aku terfikir pun nk balik titis keringat kat hometown aku sendiri. sekarang Tuhan dah buka hati aku.
aku positif yang penghijrahan aku nanti akan bawa lebih byk kebaikan. dengan kandungan yang sudah masuk 8 bulan, aku lebih perlukan mr. hubs daripada kawan2. bukan nk ckp kawan2 tu tak penting, tapi syurga aku di bwh kaki dia kan. susah senang aku sepatutnya aku kongsi dgn mr. hubs and kebajikan dia juga sepatutnya aku uruskan sejak dari hari pertama kitorg dinikahkan. walaupun nk diikutkan, career masing2 yg menjarakkan kitorg..so apa salahnya aku tinggalkan kl ni dan pulang ke pangkuan mr. hubs tu. aku percaya Tuhan lebih mengerti apa jua yang aku telah dan akan hadapi selama ni.
hmmph.
harap2 mudah la perjalanan urusan aku bila aku di johor nanti. aku mahu 'bahagia' aku yang selalu aku tengok org lain ada.
lagi sebulan saje utk aku ucap selamat tinggal pada kota yang mengajar aku erti kehidupan.

No comments:
Post a Comment