hari terakhir 2009.
aku sampai ofis masih lambat seperti 364 hari sebelumnya, tapi mulai isnin depan aku berazam akan jadi pekerja yg punctual.
hari terakhir 2009.
masih menyiapkan SharePoint yang sudah mengumpul err..jap eh. 665 email perghh!!
hari terakhir 2009.
perasaan aku bercampur baur. tentang cinta yg aku tak sangka akan datang tapi beri aku bahagia. tentang persahabatan yg berkali2 aku cuba selamatkan tapi sekarang aku sudah biarkan hancur. tentang kejutan hari jadi ke 25 tahun buat aku menangis tapi paling terbaik aku pernah dapat. tentang fitnah dan dusta 'kawan' yang cuba menjatuhkan aku tapi sebaliknya jadikan aku lebih matang.
hari terakhir 2009.
lebih kurang 2 bulan lagi, status aku akan bertukar. hidup aku seharian, tanggungjawab dan keutamaan aku juga akan bertukar. doa aku segalanya berjalan lancar.
hari terakhir 2009.
banyak yang aku mahu syukuri dan banyak juga yang aku kesalkan. semoga Tuhan panjangkan umur, murahkan rezeki, sentiasa bukakan pintu hati aku dan kurniakan kebahagiaan pada aku dan orang2 yang aku sayang.
selamat datang 2010.

No comments:
Post a Comment