Lilypie Pregnancy tickers

Tuesday, January 5, 2010

masaruang.

aku tiada masa untuk ambil tahu tentang perkara yang remeh-temeh. tiada ruang untuk aku penuhkan dengan mengata atau beri pandangan tentang apa yang mereka buat. jadi aku lebih suka lihat dan jadikan panduan. mana tahu akan datang, apa yang mereka hadapi aku juga akan kena.

aku tiada masa untuk cemburu pada kebahagiaan orang lain. tiada ruang untuk aku penuhkan dengan hasad dengki supaya mereka tidak lagi bahagia. jadi aku lebih suka ambil contoh dan cipta kebahagiaan aku sendiri. mana tahu akan datang, aku juga akan dapat kebahagiaan yang seindah mereka.

aku tiada masa untuk menghukum kelakuan seseorang. tiada ruang untuk aku penuhkan dengan merenung kesilapan atau kesalahan mereka. jadi aku lebih suka bersikap positif dan menganggap benda yang baik-baik sahaja. mana tahu akan datang, aku juga akan buat kesilapan itu dan aku tahu apa yang patut aku lakukan kemudiannya.

aku tiada masa untuk bersuka-ria. tiada ruang aku peruntukkan untuk aktiviti malam hari seperti mereka yang masih melakukannya. jadi aku lebih suka tumpukan perhatian pada sisa-sisa hari bujang aku dengan persiapan yang perlu. mana tahu akan datang, apa yang aku 'korban'kan akan beri aku seribu rahmat dari Tuhan.

aku tiada masa lagi untuk perkara yang sudah lepas. tiada ruang untuk aku simpan segala yang pahit dan masam. jadi aku lebih suka biarkan semua itu habis dan hilang. akan datang, hidup baru lebih perlu banyak masa dan ruang untuk aku beri perhatian.

selama masa aku bernafas, selama ruang aku bergerak, hidup aku hanya ada keluarga, saudara dan Tuhan.

No comments:

Post a Comment