Lilypie Pregnancy tickers

Friday, June 19, 2009

i'm watching you watched over me.

banyak perkara kita tak sedar atau pura-pura tak sedar dalam hidup seharian. kita lebih senang utk tak ambil tahu dan tak peduli daripada sebaliknya.

banyak jugak benda yg kita belajar dalam hidup kita sebenarnya. mana yang baik, mana yang buruk, mana yang 'genuine' dan mana yang palsu. apa yang kita suka, apa yang kita tak berapa suka, apa yang menyenangkan dan apa yang menyakitkan hati dan perasaan kita.

aku.
aku lebih suka berdiam. memerhati dan menilai sendiri. mata takkan pernah bohong dan hati aku lebih faham apa yang aku rasa. dulu aku pernah ambil berat tentang semua orang yg penting dalam hidup aku sampai aku tak peduli tentang diri sendiri. tapi, itu semua sudah berlalu. aku sekarang semakin berbeza sehingga ada yang kata aku yang 'baru' sangat2 'introvert', terlalu asing pada mata mereka, terlalu jauh daripada mereka. hati aku mahu ambil berat seperti dulu, tapi fikiran aku menidakkan.jadinya, dari ikut hati lebih baik ikut fikiran. ini jalan yang aku pilih dan alhamdullilah, hidup aku lebih tenang, lebih fokus dan lebih segala-galanya.

aku cuma harap kalau ada yang tersinggung, maafkan aku. everything happens for a reason kata orang. jangan fikir yang bukan-bukan, jangan biarkan rasa dengki dan benci bersarang dalam hati.

kalau aku boleh doakan kebahagiaan kau, kenapa tidak kau?

Disclaimer: entri ini tidak ditujukan kepada sesiapa in particular. siapa makan cili byk2 dia yang cirit-birit ;)

2 comments:

  1. uisk gila dalam...dalam...dalam...dalam..(bunyi bergema sebab jatuh dalam gaung.)

    ReplyDelete
  2. biarkan orang bahagia adalah lebih baik dari terus marah2..

    ReplyDelete